Monday, November 26, 2012

Zekr : Software Open Source al-Quran untuk PC


Kepada anda yang masih tercari-cari perisian al-Quran untuk Windows, Mac atau Linux yang percuma, bolehlah mencuba Zekr, sebuah perisian sumber terbuka (open source) yang menarik. Zekr ditawarkan dalam dua versi iaitu 32 bit dan 64 bit. Penulis sebelum ini telah mencuba untuk memasang versi 64 bit tetapi tidak berjaya kerana terdapat ralat yang mengatakan perisian ini tidak dapat mencari Java didalam komputer penulis walaupun penulis telah pun memasang Java.

Seperti yang dinyatakan tadi, sesiapa yang mahu menggunakan perisian Zekr ini perlulah memasang Java pada komputer mereka. Anda boleh dapatkan Java versi terbaru disini.

Jika anda baru memasang Zekr, ianya tidak disertakan dengan fail suara mp3 dari Qari yang anda mahukan untuk dimainkan ketika anda tidak dalam talian. Sebaliknya jika anda ingin memainkan bacaan sesuatu ayat, anda perlulah berada dalam talian dan memilih Qari pilihan anda dari menu pada bahagian atas. Jika anda mahu untuk membolehkan bacaan dimainkan ketika bukan dalam talian, anda boleh pergi ke laman ini dan muat turun bacaan dari Qari yang anda suka. Seterusnya anda perlulah setkan pada perisian Zekr tersebut untuk menggunakan bacaan Qari yang anda telah muat turun tadi.

Dari pengalaman penulis setelah menggunakan Zekr dan telah memuat turun bacaan Qari bersaiz 1+ GB, laptop penulis akan menggunakan sejumlah memori komputer yang agak besar. Ini akan melambatkan komputer dan mungkin boleh menyebabkan komputer tersebut tergantung. Penulis juga merasakan lag setiap kali ingin mendengar satu ayat dari ayat yang lain. Jadi disini mungkin untuk anda semua, penulis sarankan supaya cuba memuat turun fail bacaan Qari yang mempunyai kualiti yang rendah sedikit, contohnya mp3 yang mempunyai kualiti 64 kbps dan menggunakannya terlebih dahulu sebelum beralih kepada kualiti yang lebih baik.

Selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment