Saturday, November 24, 2012

MAHA 2012 KEMBALI LAGI


Alhamdulillah pameran MAHA kini kembali lagi untuk edisi yang ke-7. MAHA yang menggabungkan pertanian, hortikultur dan agropelancongan sedang berlangsung pada 23 November hingga 2 Disember 2012 bertempat di MAEPS, Serdang, Selangor. Untuk mereka yang tidak mengetahui dimanakah terletaknya MAEPS tersebut, ianya bersebelahan dengan UPM dan berada di dalam kawasan MARDI.

Selain pelbagai ekspo dan pameran yang pastinya mampu untuk menarik sasaran 3 juta pengunjung bagi edisi kali ini, terdapat beberapa tarikan yang perlu anda ketahui bersempana MAHA kali ini. Antaranya yang menjadi tumpuan ialah:

  • rangka ikan paus Bryde sepanjang lebih 70 kaki
  • lelongan 1 juta jagung
  • lelongan haiwan ternakan
  • labu terbesar dari Cameron Highlands

Penulis yang merupakan alumni dari UPM nampaknya tidak berpeluang untuk berkunjung ke MAHA pada kali ini kerana buat masa sekarang berada di kampung halaman. Sememangnya amat menyedihkan kerana tidak dapat sampai kesana memandangkan penulis merupakan pemegang ijazah Bachelor Sains Hortikultur. Apapun, kepada mereka yang berkelapangan, janganlah lepaskan peluang untuk menghadiri MAHA yang hanya diadakan sekali dalam masa 2 tahun.

Dan pastikan juga anda berada dalam keadaan yang sihat terutamanya kaki anda kerana anda akan melakukan 'senaman' berjalan kaki yang sangat jauh semasa berada di MAHA.

0 comments:

Post a Comment