Sunday, November 25, 2012

Dapatkan Kembali Butang Start Anda pada Windows 8

Kepada pengguna Windows 8, mungkin ada sebilangan daripada anda (atau mungkin semuanya) yang menganggap agak sukar untuk menggunakan Windows 8 tanpa adanya butang Start seperti yang terdapat pada versi Windows sebelum ini. Jangan takut dan risau, kami ada penyelesaiannya.

Untuk mengembalikan butang Start pada Windows 8, anda bolehlah memuat turun perisian Classic Shell (klik sini).. Perisian ini adalah percuma sahaja dan memang berkesan. Anda juga boleh setkan setting pada Windows 8 untuk terus memasuki mod desktop tanpa perlu memaparkan skrin Start standard Modern UI.


Anda juga akan diberikan pelbagai option untuk setting yang sebelum ini anda tidak dapat untuk menukarkannya. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan perisian ini untuk menukarkan imej butang Start anda kepada imej yang lain, meletakkan butang 'Up' pada Explorer dan sebagainya. Classic Shell bukan sahaja untuk pengguna Windows 8, malah ia juga menyokong pengguna Windows Vista, Windows 7, Windows Server 2008 dan Windows Server 2008 R2.

Harap perisian ini membantu anda untuk menggunakan Windows 8 semaksima yang boleh. Jika anda telah memasang perisian ini, adakah penilaian anda terhadap Windows 8 telah berubah?

0 comments:

Post a Comment