Friday, November 23, 2012

Gaza Mencapai Genjatan Senjata

Terowong bawah tanah yang digunakan rakyat Palestin dan sebahagian orang luar untuk memasuki Gaza. Israel sememangnya selalu mencari jaringan terowong-terowong seperti ini untuk dihapuskan. Tujuannya satu; untuk menyukarkan penduduk Palestin membawa masuk bekalan-bekalan luar seperti makanan, ternakan dan ubat-ubatan ke Gaza. (Sumber gambar : Huffington Post)

Negara saudara seagama kita yang telah lama menderita, Palestin akhirnya mencapai kesepakatan untuk melakukan genjatan senjata, sekurang-kurangnya buat masa sekarang. Semestinya ianya memberi satu kelegaan kepada warga Gaza khususnya dan kepada kebanyakan warga dunia amnya setelah daerah Palestin itu dihujani dengan bom, roket dan sebagainya oleh anjing Zionis semenjak seminggu yang lalu.

Walaupun kita boleh menarik nafas lega dengan perkembangan terbaru ini, janganlah kita terus memalingkan perhatian kita dari isu ini. Kalau diikutkan sejarah-sejarah Zionis sebelum ini, sememangnya genjatan senjata ini tidak akan bertahan lama. Didalam pemikiran pemimpin mereka ada sahaja idea-idea atau muslihat-muslihat yang ingin dicari dan dilaksanakan untuk dijadikan alasan bagi meng'halal'kan serangan mereka ke atas daerah emas Gaza tersebut.

Bersama-samalah kita terus memanjatkan doa untuk kesejahteraan saudara kita di Gaza dan juga wilayah-wilayah lain di dunia seperti di Rakhine dan Syria. Jika anda dikurniakan nikmat Allah dari segi harta dan tenaga, maka salurkanlah sumbangan anda kepada mereka dengan kadar yang termampu.

0 comments:

Post a Comment