Sunday, November 25, 2012

Alhijrah Maghi Kelate Doh


Alhamdulillah akhirnya stesyen TV alHijrah sudah mula bertapak di Kelantan melalui liputan frekuensi 687.25 MHz. Penantian penulis selama ini untuk menonton rancangan-rancangan berunsur dakwah, pendidikan, kehidupan dan sebagainya yang disiarkan stesyen ini hanya dapat dinikmati melalui saluran 114 di Astro. Kini dengan adanya penyiaran menyeluruh melalui penggunaan frekuensi radio diharapkan TV alhijrah akan terus diperluaskan jangkauannya keseluruh Malaysia, Insyaallah.

Tetapi mungkin kerana tv alhijrah masih baru dalam di Malaysia, kualiti penerimaan frekuensi adalah sedikit kurang memuaskan. Penulis berada di dalam kawasan Wakaf Che Yeh yang tidak berapa jauh dari bandar Kota Bharu hanya berjaya mendapat siaran stesyen ini dengan noise yang mungkin sebanyak 40-50%. Hasilnya, bagi rancangan-rancangan tertentu seperti 30 Minit Ustaz Don, Kembara Tabung Haji Travel dan Fattabiuni tidak akan dapat ditonton dan didengari dengan sempurna kerana gangguan audio dan video yang teruk. Mungkin cara terbaik yang perlu penulis lakukan adalah untuk mendapat satu antenna yang disambungkan dengan tenaga elektrik yang mampu untuk menarik signal stesyen ini dengan lebih baik.

Apapun, perkembangan ini adalah sesuatu yang amat sihat dan amatlah diharapkan TV alhijrah dapat terus memperbaiki mutu penyebaran signal pada masa yang akan datang. Juga dicadangkan disini supaya menjadikan TV alhijrah sebuah stesyen televisyen 24 jam dengan pengisian bacaan al-Quran atau ceramah pada waktu TV alhijrah tidak bersiaran pada masa sekarang. Cadangan ini mungkin akan meningkatkan kos operasi syarikat tetapi Insyaallah perniagaan syarikat dan semua kru di akhirat juga akan meningkat.

0 comments:

Post a Comment