Tuesday, November 20, 2012

Windows 8 : Apa pandangan anda?


Sudah lebih sebulan Windows 8 berada di pasaran. Versi Windows yang terbaru ini sememangnya berbeza berbanding versi-versi yang terdahulu. Antara features yang paling menyerlah ialah Modern UI. UI pada Windows 8 seperti yang anda dapat lihat pada gambar diatas adalah untuk menggantikan butang Start yang kita telah terbiasa daripada versi Windows yang terdahulu.

Satu perkara yang menarik tentang Windows 8 ialah penggunaan memori sistem yang amat cekap. Kalau dibandingkan dengan Windows 7, Windows 8 mungkin menggunakan kurang 10% memori (RAM) komputer anda. Dan apa yang lagi menarik ialah, masa boot Windows 8 adalah sangat pantas. Kami tidak dapat memberikan tempoh masa yang tepat kerana ianya bergantung kepada hardware sesuatu komputer tetapi jika dibandingkan dengan Windows 7 anda akan dapat merasai masa boot yang sedikit pantas. Kalau komputer anda menggunakan hard disk jenis SSD pula, mungkin anda mampu untuk membuka komputer anda dibawah 10 saat sahaja!
Tiada butang Start  pada Windows 8.

Secara keseluruhannya, kami amat berpuas hati dengan prestasi Windows 8. Versi ini sememangnya menjanjikan satu pengalaman pengkomputeran yang baru sesuai dengan keadaan semasa yang semakin memfokuskan kepada skrin sentuh. Satu amaran daripada kami; jika anda tidak boleh hidup tanpa butang Start, kami sarankan supaya anda JANGAN menggunakan Windows 8!

Tapi sebenarnya terdapat satu software yang akan mengembalikan butang Start pada Windows 8. Tapi mungkin perkara tersebut untuk entri yang akan datang. :)

0 comments:

Post a Comment